hashab, gum arabic, acacia senegal, almanna, akasia ekin,

Langkah Awal Projek Pilot Untuk Meningkatkan Pengeluaran Gum Arabic

Perkembangan ekonomi Sudan dibantu oleh Pertubuhan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dari negara-negara maju dan membangun dengan mengenal pasti potensi hasil bumi yang dapat dimanfaatkan oleh penduduk Sudan. Terdapat sumber-sumber yang mampu mendatangkan keuntungan kepada negara dan pekerja yang berkemahiran dalam bidang pertanian antaranya getah akasia. Getah akasia senegal dikenali sebagai al-manna hashab mempunyai khasiat prebiotik yang tinggi untuk kesihatan dan turut digunakan dalam perindustrian seperti makanan, ubat-ubatan, percetakan dan sebagainya.

hashab, gum arabic, acacia senegal, almanna, akasia ekin,
Dahan dan Batang Hashab Perlu Ditoreh Untuk Menghasilkan Getah Arab Al-Manna

Langkah awal yang dilakukan oleh pihak NGO ialah melaksanakan pilot project atau projek permulaan untuk melatih para peserta yang terdiri dari penduduk setempat bagi melaksanakan kerja di ladang pertanian. Projek pilot pertanian gum arabic merupakan projek latihan yang dapat menjana pendapatan penduduk tempatan. Pendedahan cara penggunaan peralatan, cara penuaian dan segala kerja yang berkait dengan operasi di ladang merupakan langkah awal untuk melestarikan penghasilan getah akasia senegal.

Getah akasia senegal atau gum arabic sumber bertahan hidup rakyat Sudan yang majoritinya berada di bawah paras kemiskinan. Kesediaan NGO dari negara luar dalam mengendalikan program strategi kebajikan seperti projek pilot untuk melatih tenaga kerja tempatan agar mahir dalam bidang pertanian. Pekerja ladang yang mendapat latihan secukupnya akan mengendalikan urusan pertanian dengan cekap dan penghasilan gum arabic bertambah kualiti. Hasilnya faedah diperolehi daripada kedua-dua pihak iaitu pengeluar al-manna dan pengguna gum arabic.

gum arabic, acacia senegal, almanna, akasia ekin,
Ejen Seluruh Malaysia Diperlukan