hashab, gum arabic, acacia senegal, almanna, akasia ekin,
Info

Pasaran Gum Arabic Di Asia Pasifik

Orientasikan Penyelesaian Bersama Untuk Mengukuhkan Perkongsian Dengan Rangkaian Pembekal

Rantau Asia Pasifik menjadi sasaran pilihan utama pengeluar gum arabic dalam usaha mengembangkan lagi pertumbuhan ekonomi negara Afrika Sub-Sahara antaranya Sudan, Nigeria dan chad. Pasaran perdagangan getah akasia amat menggalakan dari negara Asia Pasifik seperti China, Jepun dan Australia selepas pasaran utama negara bahagian Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah diramalkan terus memacu peningkatan import perdagangan. Malaysia turut menerima gula mentah akasia senegal yang diimport dari Sudan untuk dikaji di peringkat universiti dan dijual oleh pembekal sebagai makanan yang berfaedah untuk kesihatan sebagaimana penerimaan masyarakat terhadap manfaat gum arabic Al-Manna Ameer.

Pasaran gum arabic di Asia Pasifik terutamanya Malaysia boleh dikatakan masih lagi pada tahap pengenalan jika dilihat aras kesedaran masyarakat terhadap prebiotik semula jadi getah akasia baru saja berputik. Penggunaan gum arabic untuk keperluan industri negara juga masih terlalu awal berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah yang telah lama melakukan transformasi industri kepada sumber bahan organik dan semula jadi dalam sektor pemakanan, farmaseutikal dan teknikal.

Segmen peserta utama pasaran gum arabic memberi penekanan kepada tawaran tuntutan kesihatan dan bukti kajian klinikal yang menyokong produk al-manna seperti FDA GRAS, FAO dan CIR. Penemuan penting berkaitan getah akasia telah dibentangkan dalam satu laporan baru oleh Persistence Market Research yang bertajuk ‘Gum Arabic Market: Global Industry Analysis and Forecast, 2017–2025’. Secara geografi, Asia Pasifik dijangka menjadi pasaran yang dominan berikutan industri utiliti getah arab yang berkembang pesat.

gum arabic, acacia senegal, almanna, akasia ekin,
Ejen Seluruh Malaysia Diperlukan

Save

1 thought on “Pasaran Gum Arabic Di Asia Pasifik”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s