hashab, gum arabic, acacia senegal, almanna, akasia ekin,
Info

Pasaran Gam Akasia Meningkat Sejak Lulus FDA & EFSA

Permintaan Gum Arabic Meningkat Dengan Konsisten Setelah Mendapat Kelulusan Sebagai Serat Mineral (Prebiotik) Dari FDA & EFSA

Laporan Penilaian Semula Keselamatan Getah Akasia Sebagai Bahan Tambahan MakananRe-evaluation of acacia gum (E 414) as a food additive telah dibentangkan di dalam sebuah jurnal EFSA setebal 51 halaman. Panel Bahan Tambahan Makanan dan Sumber Nutrien yang ditambah ke dalam Makanan – Food Additives and Nutrient Sources added to Food (ANS) memberikan pandangan saintifik yang menilai semula keselamatan getah arab sebagai bahan tambahan makanan. Jawatankuasa Saintifik Makanan – Scientific Committee for Food (SCF) di Eropah belum menilai gum arabic secara rasmi. Oleh itu tiada Pengambilan Harian Diterima – acceptable daily intake (ADI) ditetapkan. Menjelang tahun 2000, SCF telah menerima gum arabic dalam rumusan formula dengan mengikut tahap penggunaan tertentu. Cara penyediaan gum arabic Serbuk Al-Manna Ameer juga mengambil kira tahap tertentu mengikut kriteria pengguna dari segi tahap kesihatan, usia dan keadaan pengguna.

Pada tahun 1999, SCF menganggap penggunaan getah arab dalam lapisan penyediaan nutrisi yang mengandungi bahan yang dapat dikesan boleh diterima dengan menentukan tahap penggunaannya dalam rumusan formula bayi (susu formula). Terdahulu pada tahun 1991 SCF menerima gum arabic untuk digunakan dalam makanan rumusan formula – weaning food.

Pasaran gam akasia meningkat sejak diluluskan oleh Food and Drug Administration FDA & European Food Safety Authority EFSA sebagai serat mineral (prebiotik). Getah akasia telah dinilai oleh Jawatankuasa Pakar BersamaFood and Agriculture Organization of the United Nations dan World Health Organization  FAO / WHO (JECFA) pada tahun 1982 dan 1990 serta pindaan spesifikasi diperkenalkan pada tahun 1998. Berdasarkan kurangnya kesan sampingan dalam kajian kesan toksid yang diperolehi, maka ADI memperuntukkan sebagai ‘tidak dinyatakan’ – tiada kesan buruk.

Panel tersebut menyimpulkan bahawa ADI tidak ada keperluan untuk mempuat perangkaan bagi getah akasia (E 414) dan tidak ada kebimbangan keselamatan bagi populasi dunia terhadap pendedahan semula gam akasia sebagai bahan tambahan makanan. Pasaran gum arabic di Asia Pasifik berpotensi untuk terus meningkat sebagaimana kepesatan pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah setelah mendapat kelulusan dari FDA dan EFSA dan pengiktirafan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

gum arabic, acacia senegal, almanna, akasia ekin,
Ejen Seluruh Malaysia Diperlukan

Save

Save

Advertisements

1 thought on “Pasaran Gam Akasia Meningkat Sejak Lulus FDA & EFSA”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s