Dana Mikro Kredit Bantu Pembangunan Gam Akasia

Projek Pembangunan Gum Arabic Dapat Bantuan Penuh NGO

Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) NEF memberi sokongan padu terhadap projek pembangunan gum arabic sebagai strategi melestarikan getah akasia senegal yang menjadi sumber pertanian dan pendapatan negara. Sasaran misi pembangunan ini meliputi pemerkasaan pengetahuan, kemahiran dan perusahaan. Akasia senegal atau hashab menjadi sumber pendapatan tertinggi Sudan dalam sektor eksport hasil pertanian.

hashab, gum arabic, acacia senegal, almanna, akasia ekin,
Getah Akasia Senegal Dalam Bentuk Cairan

Latihan pengurusan pertanian seperti teknik penuaian berkesan, pengurusan kewangan dan pengurusan dana mikro kredit disediakan untuk meningkatkan kemahiran dalam pengurusan projek pembangunan gum arabic. Latihan kemahiran atau pilot project ini memerlukan minat yang tinggi di kalangan peserta projek dalam membentuk sokongan dan kerjasama komuniti seterusnya mampu merangka strategi pengurusan sumber asli.

hashab, gum arabic, acacia senegal, almanna, akasia ekin,
Pekerja Lelaki Memotong Sedikit Bahagia Kecil Pada Dahan Akasia Senegal

Melalui dana mikro kredit pekerja dilatih dengan teknik yang tepat untuk membuat sedikit bahagian pemotongan pada dahan atau toreh batang pokok akasia untuk dapatkan getah al-manna. Penghasilan getah arab yang berkualiti dapat meningkatkan ekonomi warga tempatan selain membantu negara terus berdaya dalam pengeluaran sumber pertanian yang tinggi nilai produktif.

gum arabic, acacia senegal, almanna, akasia ekin,
Ejen Seluruh Malaysia Diperlukan

Strategi Melestarikan Getah Akasia Senegal

Langkah Awal Projek Pilot Untuk Meningkatkan Pengeluaran Gum Arabic

Perkembangan ekonomi Sudan dibantu oleh Pertubuhan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dari negara-negara maju dan membangun dengan mengenal pasti potensi hasil bumi yang dapat dimanfaatkan oleh penduduk Sudan. Terdapat sumber-sumber yang mampu mendatangkan keuntungan kepada negara dan pekerja yang berkemahiran dalam bidang pertanian antaranya getah akasia. Getah akasia senegal dikenali sebagai al-manna hashab mempunyai khasiat prebiotik yang tinggi untuk kesihatan dan turut digunakan dalam perindustrian seperti makanan, ubat-ubatan, percetakan dan sebagainya.

hashab, gum arabic, acacia senegal, almanna, akasia ekin,
Dahan dan Batang Hashab Perlu Ditoreh Untuk Menghasilkan Getah Arab Al-Manna

Langkah awal yang dilakukan oleh pihak NGO ialah melaksanakan pilot project atau projek permulaan untuk melatih para peserta yang terdiri dari penduduk setempat bagi melaksanakan kerja di ladang pertanian. Projek pilot pertanian gum arabic merupakan projek latihan yang dapat menjana pendapatan penduduk tempatan. Pendedahan cara penggunaan peralatan, cara penuaian dan segala kerja yang berkait dengan operasi di ladang merupakan langkah awal untuk melestarikan penghasilan getah akasia senegal.

Getah akasia senegal atau gum arabic sumber bertahan hidup rakyat Sudan yang majoritinya berada di bawah paras kemiskinan. Kesediaan NGO dari negara luar dalam mengendalikan program strategi kebajikan seperti projek pilot untuk melatih tenaga kerja tempatan agar mahir dalam bidang pertanian. Pekerja ladang yang mendapat latihan secukupnya akan mengendalikan urusan pertanian dengan cekap dan penghasilan gum arabic bertambah kualiti. Hasilnya faedah diperolehi daripada kedua-dua pihak iaitu pengeluar al-manna dan pengguna gum arabic.

gum arabic, acacia senegal, almanna, akasia ekin,
Ejen Seluruh Malaysia Diperlukan