Pasaran Gum Arabic Di Asia Pasifik

Orientasikan Penyelesaian Bersama Untuk Mengukuhkan Perkongsian Dengan Rangkaian Pembekal

Rantau Asia Pasifik menjadi sasaran pilihan utama pengeluar gum arabic dalam usaha mengembangkan lagi pertumbuhan ekonomi negara Afrika Sub-Sahara antaranya Sudan, Nigeria dan chad. Pasaran perdagangan getah akasia amat menggalakan dari negara Asia Pasifik seperti China, Jepun dan Australia selepas pasaran utama negara bahagian Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah diramalkan terus memacu peningkatan import perdagangan. Malaysia turut menerima gula mentah akasia senegal yang diimport dari Sudan untuk dikaji di peringkat universiti dan dijual oleh pembekal sebagai makanan yang berfaedah untuk kesihatan sebagaimana penerimaan masyarakat terhadap manfaat gum arabic Al-Manna Ameer.

Pasaran gum arabic di Asia Pasifik terutamanya Malaysia boleh dikatakan masih lagi pada tahap pengenalan jika dilihat aras kesedaran masyarakat terhadap prebiotik semula jadi getah akasia baru saja berputik. Penggunaan gum arabic untuk keperluan industri negara juga masih terlalu awal berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah yang telah lama melakukan transformasi industri kepada sumber bahan organik dan semula jadi dalam sektor pemakanan, farmaseutikal dan teknikal.

Segmen peserta utama pasaran gum arabic memberi penekanan kepada tawaran tuntutan kesihatan dan bukti kajian klinikal yang menyokong produk al-manna seperti FDA GRAS, FAO dan CIR. Penemuan penting berkaitan getah akasia telah dibentangkan dalam satu laporan baru oleh Persistence Market Research yang bertajuk ‘Gum Arabic Market: Global Industry Analysis and Forecast, 2017–2025’. Secara geografi, Asia Pasifik dijangka menjadi pasaran yang dominan berikutan industri utiliti getah arab yang berkembang pesat.

gum arabic, acacia senegal, almanna, akasia ekin,
Ejen Seluruh Malaysia Diperlukan

Save

Akasia Senegal Dalam Penggunaan Percetakan

Hasil Percetakan Lebih Berkualiti Dengan Penggunaan Gum Arabic

Akasia senegal menjadi bahan penting untuk proses percetakan selain digunakan secara semula jadi untuk produk kesihatan seperti Al-Manna Ameer. Gum arabic digunakan dalam kandungan dakwat industri percetakan agar hasil yang diperolehi memuaskan pengguna dan memelihara penjagaan mesin. Suatu ketika dahulu penggunaan bahan kimia dalam dakwat mesin percetakan direka untuk fungsi-fungsi tertentu. Namun bahan kimia tidak dicipta untuk menyokong bahan kimia yang lain untuk kegunaan dakwat mesin cetak.

Penggunaan bahan kimia secara berterusan juga banyak menimbulkan masalah kepada industri khususnya percetakan. Fungsi bahan kimia yang tidak mendokong antara bahan kimia yang lain menyebabkan industri percetakan mengalami kerugian akibat hasil cetak yang tidak memuaskan. Akhirnya penggunaan sepenuhnya bahan kimia ini tidak mendapat sambutan lagi apabila industri mula beralih kepada bahan yang lebih bersih, selamat dan kos yang rendah.

Teknologi mesin percetakan semakin pesat dengan kepantasan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang singkat turut mempengaruhi penggunaan dakwat. Dakwat yang tidak diadun dengan formula gum arabic sering membawa masalah kepada hasil percetakan seperti dakwat pada permukaan kertas tidak sempat kering semasa proses percetakan dilakukan terutamanya bagi mesin yang mempunyai kelajuan yang tinggi.

Penggunaan getah akasia senegal dalam produk pemakanan semakin mendapat sambutan apabila kini muncul lebih banyak produk kesihatan berasaskan gum arabic atau al-manna. Pada peringkat awal, gum arabic datang bentuk ketulan dan memerlukan sedikit masa untuk larut di dalam air. Kini gum arabic boleh diperolehi dalam bentuk serbuk dan memudahkan pengguna untuk penyediaan segera. Terdapat banyak produk al-manna di pasaran yang boleh dibeli antaranya pembeli memilih gam akasia Al-Manna Ameer.